27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MyEG tidak langgar SOP

Mesti Baca

PENGANALISIS Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) yakin bahawa MyEG Services Bhd tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun tuduhan mereka membuat kutipan yuran tidak sah menjejaskan persepsi umum terhadap syarikat itu.

Katanya, MyEG juga dijangka akan mendapat lanjutan konsesi rasmi dalam beberapa minggu akan datang.

“Berikutan kenyataan yang dibuat beberapa pihak sebelum ini, kami sudah bercakap dengan pihak pengurusan mengenai fakta kes itu.

“Justeru, kami berpendapat MyEG tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerajaan semasa urusan perniagaannya,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan.

MyEG semalam, menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, semua perkhidmatan terus disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Ia adalah maklum balas MyEG kepada artikel berita bertajuk ‘MYEG memperbaharui permit pekerja secara haram’ dan ‘MyEG dikatakan mengenakan bayaran untuk permit pekerja asing walaupun kontrak digantung’ yang diterbitkan oleh dua portal berita bahasa Inggeris tempatan pada Selasa.

Selain pembaharuan permit, MyEG turut menawarkan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu.

Advertisements

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini berkata, perkhidmatan MyEG akan dilaksanakan sepenuhnya menerusi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) menjelang 2025.

Maybank IB berkata, berdasarkan fakta yang ada, MyEG tidak melanggar SOP yang dimandatkan oleh kerajaan sejak konsesi awal tamat pada akhir Mei lalu. 

Pengurusan syarikat itu juga yakin akan menerima pemuktamadan lanjutan konsesi rasmi dalam beberapa minggu akan datang, yang kemudiannya akan memberi penjelasan tepat.

Katanya, walaupun benar MyEG terus mengutip yuran untuk pembaharuan permit selepas tamat kontraknya pada 22 Mei, syarikat itu mengekalkan bahawa ia telah mematuhi semua SOP yang diamanahkan kerajaan pada masa itu.

“Ini termasuk bayaran balik penuh kepada majikan yang ingin memperbaharui permit pekerja mereka terus dengan Jabatan Imigresen dan dapat memberikan bukti pembayaran telah berbuat demikian,” katanya.

Maybank IB berkata, MyEG mendedahkan bahawa jumlah kuantum bayaran balik yang diproses telah diabaikan setakat ini, terutamanya disebabkan oleh jumlah permintaan bayaran balik rasmi yang rendah yang diterima setakat ini.

“Ini mungkin disebabkan terutamanya oleh kos tambahan yang berkaitan dengan pembaharuan permit yang dilakukan secara langsung,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan