Thursday, July 23, 2026

Perkhidmatan perbankan Maybank tergendala

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN perbankan Maybank seperti penggunaan kad debit, aplikasi Maybank2U dan MAE serta laman web Maybank2U tergendala untuk sementara waktu pada hari ini.

Situasi tersebut dimaklumkan oleh bank komersial itu menerusi ciapan di Twitter kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Kepada pengguna, ambil maklum bahawa penggunaan kad debit tidak boleh digunakan buat sementara waktu dan kami mengalami masalah dari semasa ke semasa di aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin,” katanya.

Berdasarkan aduan beberapa pengguna Maybank di Twitter, mereka mengalami masalah membuat pembayaran menggunakan kad debit sehingga dikenakan bayaran berulang kali.

Beberapa pengguna lain pula bimbang kerana tidak dapat mengakses baki simpanan melalui aplikasi atau laman web bank berkenaan.

Rata-rata pengguna berharap masalah berkenaan dapat cepat diselesaikan berikutan bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bermula hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan