27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Debat Sapura Najib-Anwar hanya ‘poyo’ sahaja!

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

BILA bercakap soal debat orang politik, sebetulnya aku tak pernah bersetuju kerana bagi aku semua itu hanya sia-sia dan tidak membawa kesan apa-apa pun kepada rakyat.

Aku bukan bercakap kosong, tetapi bersandarkan kepada debat isu harga minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek pada 2008 dan debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 2012.

Kedua-dua debat ini langsung tidak membawa impak kepada isu-isu tersebut. Harga minyak kekal naik turun sehingga kini manakala PTPTN pun tidak dimansuhkan walaupun Pakatan Harapan (PH) menjadi pemerintah negara selama 22 bulan pada 2018.

Lalu apabila Najib Razak dan Anwar Ibrahim dikatakan akan berdebat isu Sapura Energy pada 12 Mei ini, sekali lagi bagi aku ia hanyalah sia-sia dan membuang masa sementelah kedua-duanya bukannya boleh membuat sebarang keputusan terhadap syarikat minyak dan gas itu bila debat berakhir.

Kita semua tahu debat tersebut diadakan susulan saling cabar mencabar antara Rafizi dan Najib berhubung isu tersebut selepas Ahli Parlimen Pekan itu menggesa kerajaan “menyelamatkan” syarikat minyak dan gas yang kini menjadi sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).

Rafizi yang kembali daripada persaraan selepas dua tahun, bingkas mempersoalkan Najib dan menyalahkan bekas Perdana Menteri itu susulan kemelut dalam syarikat yang sebelum ini adalah milik swasta.

Pada awalnya mereka saling berbalas hantaran menerusi Facebook masing-masing sebelum mula cabar mencabar untuk berdebat secara terbuka.

Rafizi yang akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, mencabar Najib berhubung isu Sapura tersebut sebelum Najib menyambutnya dengan syarat membawa bersama Anwar.

Maka semalam, kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat, untuk mengadakan debat tersebut di Universiti Malaya pada 12 Mei ini. Itu serba ringkas bagaimana isu debat itu muncul.

Bagi aku, debat Najib-Anwar hanya sekadar untuk membuktikan siapa paling berpengaruh kepada rakyat, Najibkah, Anwar atau Rafizi? Apa sahaja keputusan dalam debat tersebut tidak memberi impak kepada Sapura pun apatah lagi rakyat marhain.

Advertisements

Aku percaya masing-masing akan mengeluarkan fakta dan auta masing-masing untuk membuktikan bahawa “aku benar dan kau silap”. Lalu apa kesannya kepada rakyat? Tiada…

Percayalah, selepas debat Najib-Anwar berakhir, kedudukan Sapura yang berdepan muflis tetap saja berlarutan biarpun masing-masing mengeluarkan segala formula – yang satunya mahu mempertahankan Sapura, dan sebelah pihak lagi mencari siapa bersalah terhadap krisis yang melanda Sapura.

Akhirnya, pekerja Sapura tetap juga tidak terbela dan mungkin akan senasib dengan pekerja-pekerja Utusan Melayu beberapa tahun lalu.

Cuma diharapkan pekerja Sapura janganlah senasib bekas pekerja Utusan Melayu yang hilang mata pencarian selepas mendapat notis penamatan syarikat kurang daripada 24 jam dan tanpa satu sen pampasan pun.

Malah bagi aku Sapura lebih beruntung kerana masih ada orang politik yang sedia berdebat untuk mempertahankan mereka. Tidak seperti nasib pekerja Utusan yang langsung tidak siapa yang peduli sehingga ke hari ini.

Jadi, bagi aku debat-debat ini semua adalah “poyo belaka!”

Adalah lebih baik sekiranya isu Sapura ini dibawa ke dalam Parlimen, dibincang dan didebatkan di dalam Dewan Rakyat bagi mencari jalan terbaik sama ada untuk menyelamatkan syarikat itu, atau menguburkannya sahaja daripada menyusahkan kerajaan.

Langkah itu lebih berfaedah dan berkesan daripada berdebat secara terbuka semata-mata memenuhi kepuasan peribadi.

Tak gitu?

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan