30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zahid nak bunuh karier politik Mat Hasan?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ITU yang digembar-gembur oleh puak-puak PN selepas rombakan Kabinet Anwar yang menyaksikan Mat Hasan ditukarkan dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Luar Negeri.

Katanya, bila Mat Hasan jaga Wisma Putra memang tak ada kesempatan untuk bekas MB Nismilan itu nak bertemu rakyat di bawah kerana habiskan masa di luar negara.

Jadi bila Mat Hasan tak jumpa rakyat, tak jumpa akar umbi parti maka kekuatan Zahid di akar umbi semakin padu. Maka kuatlah Zahid kalau misalnya Mat Hasan nak cabarnya dalam pemilihan akan datang.

Itu congakan mereka yang ada di luar parti UMNO. Tapi setahu aku Mat Hasan bukan jenis orang yang nak langgar Presiden yang masih hidup dan teguh ditakhta. Bukan jenis macam bekas MP Rembau sebelum ini.

Mat Hasan pun sedar dia masuk politik dari tingkap yang dibuka oleh Tun Mahathir dulu, bukannya dari peringkat bawah. Aku diberitahu Tun jumpa Mat Hasan masa lawat Jerman dan masa tu Mat Hasan bos besar syarikat Cycle & Carriage, penjual kereta Mercedes.

Dia pelawa Mat Hasan balik untuk masuk politik, bertanding di DUN Rantau dan menang yang kemudiannya diangkat sebagai MB Nismilan gantikan Isa Samad.

Jadi bab politik Mat Hasan memang dah awal-awal kalah dengan Zahid yang bermula dari bawah dari ketua pemuda cawangan sampai ke Presiden sekarang.

Kalau Mat Hasan nak lawan Zahid, dia boleh buat masa Pemilihan UMNO awal tahun hari tu, yang ketika itu awal-awal dia maklum tak akan lawan jawatan Presiden sebaliknya mahu jadi Timbalan Presiden saja.

Advertisements

Padahal waktu itu pun sudah kuat suara-suara akar umbi nak Mat Hasan lawan Zahid, tapi dia tolak.

Jadi aku percaya, Mat Hasan bukanlah orang yang berani untuk lawan Presiden dan kalau dia jenis bercita-cita besar dan ada kekuatan, letaklah di kementerian mana pun dia akan boleh membina kekuatan tersebut, kalau dia mahu.

Terus terang aku cakap sebetulnya keberadaan Mat Hasan di Kementah pun tak nampak impak terhadap parti terutama dalam menarik sokongan para anggota tentera dan veteran terhadap BN dan kerajaan.

Bahkan dia pun tak ada buat satu keputusan yang memberi wow faktor kepada UMNO dan BN. Yang ada hanya melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada. Kut ada dia umum nak naikkan elaun veteran ke, anggota pangkat prebet ke, setahu aku tak ada.

Kita maklum, soal pertahanan ini walaupun menteri yang buat dasar atau fikirkan dasar namun keputusan akhirnya terletak di tangan Perdana Menteri.

Jadi elok juga kalau Mat Hasan yang sememangnya sebelum jadi orang politik, merupakan ahli korporat yang banyak menghabiskan masa bekerjanya di luar negara khususnya di Eropah.

Bagi aku amat tepatlah Mat Hasan jaga Wisma Putra kerana selain ada pengalaman luas di luar negara, juga seorang yang sangat diplomatik.

Jadi nak berurusan dengan negara luar apatah lagi ketika negara lain mula menjeling tajam kepada Malaysia kerana kelantangan mempertahankan Palestin kita perlukan seorang menteri yang sangat diplomasi. Dan aku nampak ciri itu ada pada Mat Hasan.

Kau rasa?


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9. - Editor
Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan