24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zahid pesan menteri, timbalan menteri BN jaga imej parti

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuntut agar semua menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi serta menjaga imej parti.

Pengerusi BN itu berkata, ini kerana mereka merupakan representasi daripada parti untuk memperjuangan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga berharap mereka dapat mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil BN dan ahli Kabinet lain.

“Saya berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil Barisan Nasional dan ahli kabinet yang lain untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara.

“Semoga semua ahli kabinet BN dapat memainkan peranan sewajarnya memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan memperkasakan agenda Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan menteri dan timbalan menteri daripada BN sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet pertama selepas rombakan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan BN mendapat tambah masing-masing satu jawatan menteri dan timbalan menteri menjadikan keseluruhan seramai 13 orang.

Advertisements

Mereka ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi serta Datuk Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Johari merupakan Naib Presiden UMNO manakala Noraini adalah Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dalam rombakan Kabinet itu menyaksikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ditukarkan ke Kementerian Luar Negeri dan tempatnya di Kementerian Pertahanan diambil alih oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Manakala tempat Mohamed Khaled di Kementerian Pendidikan Tinggi diisi oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Kementerian Luar Negeri.

Semalam, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pelantikan mereka dibuat berdasarkan pengalaman, kompetensi dan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan membangunkan negara di samping memenuhi aspirasi gagasan Malaysia Madani.

“Marilah kita memperkukuhkan langkah dengan penuh semangat, tekad dan iltizam yang tidak tergoyah untuk membawa pembaharuan dan mengilhamkan harapan buat rakyat secara keseluruhannya.

“Hanya dengan penyatuan tenaga, fikiran dan kolaborasi yang cekap akan membuahkan hasil yang berimpak untuk masa depan negara yang lebih cemerlang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan