27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Mustapha beri perhatian terhadap 10 isu di KPT

Mesti Baca

TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Datuk Ts Mustapha Sakmud akan memberikan perhatian terhadap 10 isu yang dekat dengan pemegang taruh di kementerian itu.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, 10 perkara tersebut adalah untuk menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang kini berada pada tahap 10.1 peratus.

Mustapha berkata, beliau juga akan memberi tumpuan terhadap ketidakpadanan pekerjaan yang mengakibatkan guna tenaga tidak penuh (underempoyment) berlaku.

Advertisements

“Fokus Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat darjat negara melalui kemakmuran ekonomi rakyat dizahirkan dengan rombakan Kabinet yang lebih dinamik.

“Walaupun saiz Kabinet bertambah, ia merupakan jumlah yang optimum dan masih kecil berbanding kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan kepada Edisi 9 hari ini.

Berikut ialah 10 isu yang akan diberi perhatian oleh Mustapha di KPT:

  1. Menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang kini pada 10.1 peratus
  2. Meminimumkan ketidakpadanan pekerjaan yang mengakibatkan guna tenaga tidak penuh (underempoyment).
  3. Memperkasa sinergi antara akademik dan industri dalam mencapai objektif NIMP (Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030), NETR (Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara) dan Kerangka Ekonomi Madani dengan mendasari silibus akademik yang mengutamakan pendedahan industri sebenar.
  4. Memastikan bakat mencukupi dalam negara sebagaimana permintaan para pelabur dengan melahirkan mahasiswa berkemahiran tinggi yang kalis masa depan.
  5. Memastikan libat urus antara pelajar dan agensi kerajaan berjalan dengan baik sebagai pendedahan kepada keperluan semasa.
  6. Memastikan pelajar yang menjalani latihan praktikal mendapat elaun yang setimpal.
  7. Mempromosikan kesedaran kesihatan mental dan memperkasa kekuatan emosi dan spiritual pelajar
  8. Membimbing pelajar daripada kalangan miskin tegar dan dari pedalaman untuk menghabiskan pengajian.
  9. Memperkasa TVET merentas 12 kementerian yang dihubung dengan kolaborasi bersepadu.
  10. Meneruskan inisiatif Jejak TVET Madani bagi menonjolkan graduan TVET IPT berbakat besar dalam perusahaan dan Merealisasi hasil inovasi IPT dipasar secara komersial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan