24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sakit kepala… Apakah Dr Sam ada masa?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DR SAM, calon Pas dalam PRK Kemaman mungkin tidak boleh bayangkan betapa sakit kepalanya beliau sekiranya satu lagi beban tugas diserahkan dibahunya.

Sakit kepala mengurus negeri Terengganu, menjaga pengundi Rhu Rendang kini diserahkan beban pula untuk menjaga 120 kampung dalam Parlimen Kemaman.

Kalau Dr Sam ni doktor perubatan boleh jadi beliau tahu untuk menyelesaikan ‘sakit kepala’ menguruskan negeri, Parlimen dan DUN dalam satu masa.

Tapi beliau adalah doktor aeroangkasa. Tak tahulah kalau dia boleh cipta roket untuk terbang dari Rhu Rendang ke Kemaman dan seterusnya ke Parlimen di Kuala Lumpur dalam tempoh masa yang singkat.

Bukan apa, aku bimbang kerana nak kejar ke sana dan sini, Dr Sam hilang keseimbangan dan tersandung di tengah jalan.

Jangan… Kita sayang MB kita ni. Jangan siksa beliau sebegitu. Hebat manapun beliau, nak urus negeri, Parlimen dan DUN dalam satu masa amat sukar, bohh!

MB dah hebat menguruskan negeri selama sepenggal sebelum ini dan kini masuk penggal kedua. Jadi biarkanlah beliau mengurus tadbir negeri dengan selesa agar lebih cemerlang, tanpa bebanan lain.

Untuk Kemaman ini, eloklah serahkan kepada pegawai tertinggi tentera yang bebas daripada bebanan tugas lain iaitu Raja Affandi, calon BN.

Advertisements

Jadi bolehlah beliau tumpu perhatian kepada warga Kemaman, boleh luangkan sepenuh masa di Kemaman. Lagi pula beliau membesar di Kemaman dan tahu selok-belok Parlimen ini.

Betul Amirudin Shari pun jadi MB Selangor dan pada masa sama jadi Ahli Parlimen. Begitu juga Aminuddin Harun di Negeri Sembilan.

Tapi Amir dan Amin kedudukan mereka tak jauh dari Kuala Lumpur. Kalau ada keperluan di negeri boleh tinggalkan Parlimen sekejap dan boleh tiba dalam masa kurang daripada sejam.

Tapi nak “berlari sana sini” antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur ini tak boleh aku bayangkan. Bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sebab itulah bagi aku orang Kemaman kena pilih Raja Affandi dan biarkan Dr Sam terus jadi MB. Kalau Pas bercita-cita nak angkat Dr Sam sebagai PM-11 tunggu sajalah PRU16 nanti.

Melainkan Dr Sam nak lepaskan kerusi MB dan memberi tumpuan sebagai Ahli Parlimen kalau menang, tak taulah. Tapi sampai setakat ni belum dengar lagi cadangan tersebut.

Bagi aku, nak cari wakil rakyat di Parlimen ni eloklah cari yang boleh ada setiap masa bersama rakyat. Bukan jadikan Kemaman sebagai rumah tumpangan! Dok gitu boh?

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan