27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

IPT perlu sesuaikan kurikulum ikut keperluan semasa industri

Mesti Baca

DALAM usaha menangani cabaran pasaran kerja masa depan, institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu menyesuaikan kurikulum berdasarkan keperluan semasa industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kurikulum berdasarkan industri mampu melahirkan graduan yang ditawarkan gaji premium seterusnya mencerminkan kelayakan dan kemahiran yang mereka peroleh ketika pengajian.

Katanya, fokus IPT kini bukan semata-mata jumlah graduan yang mendapatkan pekerjaan, tetapi juga melahirkan graduan dengan gaji premium melebihi RM4,000.

“Bagi mencapai sasaran itu, kurikulum dan program ditawarkan perlu berdasarkan industri dan fleksibel bagi mempersiap graduan dalam memasuki dunia pekerjaan.

“Dalam konteks ini, MQA sentiasa mendorong IPT untuk menawarkan program berteraskan keperluan industri dan negara selaras dengan saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Persidangan Pasaran Kerja Graduan 2023 lalu,” katanya.

Advertisements

Mohammad Shatar berkata, penilaian secara berkala perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan program dan tahap relevannya dengan tuntutan industri.

Beliau berkata, program yang dianggap tidak lagi relevan dan tidak memberikan manfaat kepada graduan perlu dipertimbangkan untuk dilupuskan seterusnya dihentikan penawarannya.

Katanya, meskipun terdapat ketetapan penilaian kurikulum setiap lima tahun, MQA menyarankan pendekatan aktif dan proaktif kepada IPT dalam menyemak program supaya terus relevan dengan keperluan industri.

“Kini, pendekatan ‘business as usual’ tidak sesuai diamalkan dan MQA mendorong IPT untuk mengambil tindakan aktif dalam memenuhi keperluan semasa industri yang seterusnya bakal memberi kesan positif kepada pembangunan negara secara holistik.

“Dengan demikian, graduan akan lebih siap dan kompetitif dalam menghadapi alam pekerjaan yang bersifat lebih dinamik,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan