28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Sultan Selangor lancar e-Khutbah Selangor

Mesti Baca

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah) yang mengandungi semua teks khutbah diterbitkan oleh Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS).

Laman web itu terdiri daripada koleksi khutbah dibaca pada setiap Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta Solat Sunat Gerhana yang menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah-khutbah bertulisan jawi dan rumi.

Dalam pada itu, e-Khutbah Selangor ini turut mengandungi menu untuk carian teks khutbah dan multimedia berbahasa Inggeris.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berpandangan bahawa khutbah sangat penting sebagai medium Ulil Amri untuk menyampaikan ajaran agama Islam dengan tepat dan bertanggungjawab.

“Khutbah adalah medium masyarakat bagi menambah ilmu, kefahaman tentang prinsip-prinsip dan perlaksanaan agama lslam berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak.

“Khutbah turut berperanan memberi pendekatan yang dituntut oleh Islam terhadap isu dan permasalahan semasa yang berlaku,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, khutbah juga adalah media dakwah lisan yang sangat luas liputannya.

Baginda turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerja-kerja dijalankan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor serta berpuas hati dan berbangga dengan mutu khutbah dihasilkan.

Malah baginda turut mengharapkan penghasilan khutbah yang berkualiti ini dapat diteruskan.

“Beta yakin dengan adanya laman web ini, khutbah yang disiarkan akan menjadi bahan bacaan dan panduan yang dapat dirujuk oleh para ilmuan, guru, pelajar dan pendakwah.

“la juga boleh dibaca oleh mereka yang tidak berkesempatan bersolat Jumaat di negeri Selangor atas sebab-sebab tertentu, wanita islam dan masyarakat awam,” titah Sultan Selangor.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membaca khutbah-khutbah yang dimuat naik di laman web ini dengan melayari e-khutbah.jais. gov.my. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan