34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Filem Imam Tanpa Makmum angkat tema nikah muda

Mesti Baca

PADA masa penonton kerap disajikan dengan filem seram ketika ini, pengarah dan penerbit muda, Syakir Daulay tampil mempertaruhkan filem romantik komedi yang mengangkat tema nikah muda.

Filem Imam Tanpa Makmum adalah karya pertama Syakir di bawah terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.

Dengan tema nikah muda yang ditampilkan, Syakir yakin naskhah ini sedikit berbeza daripada kebanyakan naskhah yang dihasilkan di negaranya Indonesia.

Bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 30 November ini, Syakir berkata tema perkahwinan muda hasil garapannya ini akan membuatkan penonton melihat alam perkahwinan dengan pandangan yang berbeza. 

“Tidak dinafikan genre seram semakin banyak ditayangkan di pawagam ketika ini, saya cuba lari sedikit daripada tema biasa dan tema nikah muda ini adalah salah satu perkara yang masih berlaku di Indonesia.

“Apatah lagi ketika PKP akibat pandemik Covid-19, banyak yang kahwin muda dan bagi saya nikah juga adalah salah satu ibadah.

“Saya juga mahu menghasilkan sebuah filem yang tidak merosakkan generasi sekarang tetapi memberi mereka lebih pendedahan akan soal jodoh dan nikah ini,” katanya.

Tidak hanya sebagai pengarah dan penerbit, Syakir yang baru berusia 21 tahun juga memegang watak utama sebagai Imam dalam karya yang menelan kos penerbitan sekitar RM1.4 juta itu.

Advertisements

Memikul begitu banyak tanggungjawab, Syakir mengakui terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, namun demi merealisasikan impiannya, pelakon muda ini berani mengambil langkah untuk maju ke depan.

“Begitu banyak cabaran dan ramai juga yang menentang terutama keluarga. Kebanyakan mereka tidak yakin apakah anak muda seperti saya  mampu membawa pulangan yang begitu banyak?

“Tetapi saya percaya apa yang diusahakan pasti akan membuahkan hasil. Tiada usaha yang sia-sia.

“Saya juga mahu keluar dari zon selesa meskipun mencabar kerana perlu melakukan tiga perkara dalam satu masa, saya berpuas hati kerana turut mendapat sokongan daripada ramai pelakon senior,” katanya yang bersyukur apabila filem ini box office di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman berkata, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama ini kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan Syakir Pictures menerusi karya yang disifatkan agak berbeza daripada kebanyakan karya seberang apatah lagi ia diarahkan oleh anak muda yang saya lihat mempunyai masa depan cukup cerah.

“Diharap kerjasama ini akan berterusan untuk projek yang akan datang  dengan lebih banyak genre filem.

“Saya percaya kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penonton menerusi karya yang ditampilkan tetapi juga buat seluruh warga industri perfileman tanah air,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan