28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Polis kesan waris 4 beradik ditinggal di pondok pengawal

Mesti Baca

EMPAT beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah Perak, semalam.

Kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu membabitkan empat kanak-kanak iaitu lelaki berusia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bersama dua adik lelaki mereka masing-masing 3 tahun dan 10 bulan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar jam 5.39 petang.

Katanya, berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

“Hasil pertanyaan ke atas kanak-kanak berusia 11 tahun, (dia mendakwa) mereka telah dihalau dari sebuah rumah di Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.

“Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, adik-beradik berkenaan telah dibawa ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak terbabit.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut selaras dengan hasil siasatan dijalankan polis.

“Kes masih dalam siasatan, pada masa ini, kanak-kanak itu dirujuk ke hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan