27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Terima kasih Tok Mat Said, yang lain bila lagi?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TOK Mat Said melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan mencadangkan Rozi Mamat sebagai pengganti.

Peletakan jawatan Tok Mat dipercayai ada kaitan dengan kegagalan BN merampas Kemaman dalam PRK tempoh hari.

Tok Mat sepanjang menerajui semula UMNO Terengganu sejak 2018 juga gagal membawa UMNO dan BN memenangi sebarang kerusi dalam PRU15 dan PRN Terengganu.

BN kalah 8-0 kepada Pas di peringkat Parlimen dan 32-0 di peringkat DUN menjadikan beliau sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab atas kegagalan tersebut.

Sebab itu apabila Tok Mat meletakkan jawatan sebagai peneraju UMNO Terengganu dan membuka laluan kepada pemimpin lebih muda dan baharu, ia dilihat satu tindakan berani.

Berani untuk bertanggungjawab dan berani melepaskan jawatannya walaupun sudah tentu ramai kalangan pengikutnya tidak bersetuju.

Tok Mat mungkin sedar bahawa zaman beliau sudah berlalu. Benar ketika menjadi Menteri Besar pada 2008 hingga 2014, beliau berjaya meletakkan Terengganu dalam kedudukan terbaik dalam segala hal.

Bahkan pembangunan yang dapat dilihat di negeri “keropok lekor” hari ini sebahagian besarnya adalah hasil perancangan Tok Mat dahulu.

Advertisements

Tetapi mahu tidak mahu sekarang ini bukan lagi masanya dan segala jasa beliau tetap dikenang walaupun sebahagian besar anak muda Terengganu tidak menyedarinya.

Tok Mat kini menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN. Hal itu dapat dilihat apabila Tok Mat dua kali ditolak oleh pengundi.

Kali pertama ketika bertanding di kerusi Parlimen Kemaman dalam PRU15 setahun lalu, kemudian ditolak pula oleh pengundi Kijal dalam PRN Ogos lepas.

Bahkan dalam PRK Kemaman tempoh hari, pihak Pas terus menjadikan Tok Mat sebagai sasaran untuk melemahkan sokongan kepada UMNO dan calon BN.

Sebab itu, apabila Tok Mat melepaskan jawatannya beliau telah memberi nafas baharu kepada UMNO Terengganu untuk melangkah lebih yakin dalam misi merampas kembali negeri daripada Pas.

Dan sepatutnya semua pemimpin UMNO negeri yang gagal memenangkan BN dalam PRN lepas — Kelantan, Kedah dab Perlis — mengikut jejak langkah Tok Mat dan memberi laluan kepada pemimpin muda.

Sanggupkah mereka?

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan