ANAK Gadi Eisenkot, bekas ketua tentera Israel dan menteri Kabinet Israel iaitu Gal Meir Eisenkot dilaporkan maut dalam operasi serangan darat zionis di Gaza.
Gal Meir dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Bagaimanapun, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) tidak memiliki maklumat lengkap mengenai kematian Gal Meir selain hanya mendakwa, dia terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza.
“Bersama-sama dengan seluruh Israel, saya menghantar sokongan saya kepada Gadi dan kepada seluruhnya,” kata pemimpin Parti Perpaduan Nasional, Benny Gantz dalam kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan kematian Gal Meir Eisenkot yang berusia 25 tahun.
Menurut laporan media antarabangsa, Gadi hanya mengetahui berita kematian anaknya itu ketika beliau mengadakan lawatan ke kem IDF di selatan Israel.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan rasa sedih dengan kejadian berkenaan.
Peperangan antara Israel dan Hamas telah berlanjutan selama dua bulan bermula 7 Oktober lalu.
Sejak tarikh berkenanan, Israel melancarkan serangan tanpa henti sehingga mengakibatkan lebih 17,000 rakyat Palestin meningga dunia sementara 1.9 juta atau 85 peratus penduduk kehilangan tempat berlindung.
Israel melancarkan siri balas dendam ke atas pasukan pejuang Hamas dari Palestin yang didakwa telah membunuh 1,200 rakyatnya dan menawan 240 tebusan. -Agensi