29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Incubus kembali ke Malaysia untuk jelajah Asia 2024

Mesti Baca

TAHUN 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era ’90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk ‘Asia Tour 2024’ yang akan berlangsung di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1991 itu bermula dengan persahabatan mereka sejak di sekolah menengah dan telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Sokongan peminat setia yang mengikuti band ini lebih dua dekad merindui untuk melihat band ini beraksi semula di atas pentas “konsert” menjadi faktor utama untuk mereka kembali mengadakan konsert jelajah pada tahun 2024.

Hitman Solutions bakal membawakan Incubus ke Kuala Lumpur untuk terus menawan hati penonton global.

Hitman Solutions sentiasa ingin memberikan pengalaman hiburan seni yang terbaik terutamanya terhadap peminat muzik ‘rock’ tempatan dan antarabangsa. 

Advertisements

CEO & Pengasas Hitman Solutions Rohit Rampal berkata, sebagai peminat rock sendiri, beliau sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk mengadakan persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.

“Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran.

“Oleh itu, kami bertungkus lumus demi memuaskan hati peminat ‘rock’ tempatan dengan membawakan mereka untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti ‘Drive’, ‘Wish You Were Here’, dan kegemaran peribadi saya, ‘Pardon Me’.

“Pada masa yang akan datang, nikmatilah lagu-lagu hebat Incubus dalam kereta anda atau bila-bila masa melalui Fly FM dan Hot FM, Rakan Radio Rasmi kami,” katanya.

Dapatkan tiket konsert ‘Incubus Asia Tour 2024’ yang dibahagikan kepada 3 zon utama, CAT 1 – VIP Seating (RM299), CAT 2 – Normal Seating (RM249), Rockzone – Free Standing (RM249) di www.hitmanlive.com. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan