29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Saya yang letak jawatan, cadang nama Rozi – Ahmad Said

Mesti Baca

BEKAS Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu berkata, pada masa yang sama beliau sendiri mencadangkan nama Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat sebagai pengganti.

“Untuk makluman semua, keputusan yang telah saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baharu yang lebih muda bagi meneraju UMNO Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan pelantikan Rozi sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baharu menggantikan bekas ADUN Kijal itu berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kini merupakan Naib Presiden UMNO.

Advertisements

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa beliau digugurkan oleh pucuk pimpinan parti.

Ahmad merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama beliau secara langsung atau tidak langsung membantu dalam tugasan sepanjang mengemudi UMNO Terengganu.

“Dengan itu juga, saya memohon kemaafan kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang pentadbiran saya di dalam UMNO Negeri Terengganu.

“Dan saya berharap dengan pelantikan Datuk Rozi Mamat sebagai Pengerusi badan perhubungan yang baharu, dapat menyuntik semangat baharu dalam pentadbiran UMNO Negeri Terengganu nanti.

“Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan