29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahmad Said digugurkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO

Mesti Baca

BEKAS Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said digugurkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkuatkuasa serta-merta.

Tempat beliau digantikan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rozi Mamat yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam surat lantikan Rozi berkata, pelantikan itu selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO.

Sebelum ini, desas-desus perubahan pucuk pimpinan negeri Terengganu bertiup kencang setelah Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Ahmad juga gagal membawa sebarang kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lalu dan Pilihan Raya Negeri Terengganu pada Ogos.

Advertisements

Bekas ADUN Kijal itu juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pula mengetuai Perhubungan Negeri Johor menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, Asyraf Wajdi menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Rozi dan Onn Hafiz atas pelantikan tersebut.

“Mewakili keluarga besar UMNO juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan YBhg. Dato’ Seri Ahmad bin Said atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin UMNO Johor dan UMNO Terengganu selama ini,” katanya.

Beliau berharap pelantikan Rozi dan dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan