27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Apa salahnya Khairy sertai Kabinet Anwar?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KJ bakal dilantik Senator dan menganggotai Kabinet Anwar? Kenapa tidak?

Pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu sudah membuktikan kewibawaannya dalam menerajui beberapa kementerian di bawah tiga Perdana Menteri sebelum ini – Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Di bawah Najib, beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan berjaya membawa Malaysia muncul juara Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2018.

Di bawah Muhyiddin dan Ismail Sabri pula, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menerajui Kementerian Kesihatan, walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan.

Pun begitu lulusan Oxford itu dilihat antara menteri yang dilabelkan paling berjaya oleh rakyat terutama ketika krisis kesihatan dan program vaksinasi Covid-19.

Beberapa hari lalu KJ dilihat bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat berkaitan ekonomi di Kementerian Kewangan.

Lalu tersebar spekulasi menyatakan beliau akan menyertai Kabinet Anwar melalui lantikan senator.

Advertisements
KJ bertemu Muhyiddin semalam, dipercayai untuk memuktamadkan tawaran PN sebelum ini.

Dari segi kelayakan beliau memang layak, cuma Anwar mungkin perlu mendapatkan restu daripada Zahid Hamidi memandangkan KJ telah dipecat daripada UMNO.

Tapi itu bukanlah masalah besar kerana Zahid perlu akur bahawa KJ mempunyai pengaruh dan pengikut yang besar dalam kalangan anak muda.

Dalam situasi sekarang yang akan mengharungi enam pilihan raya negeri, apa sahaja strategi perlu dilakukan untuk melemahkan pihak lawan.

Daripada KJ diambil masuk ke dalam PN, bukankah lebih baik bekas Ahli Parlimen Rembau ini bersama Kerajaan Perpaduan?

Lagi pun KJ, walaupun terlalu ‘ambisius’ untuk menjadi Presiden UMNO, adalah seorang yang boleh dipakai segi otak pemikirannya.

Lalu apa salahnya KJ sertai Kerajaan Perpaduan? Dia mempunyai pakej baik untuk menjadi seorang menteri (lagi sekali).

Tak begitu?

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan