31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Shah Fridaus dapat basikal baharu sebelum Sukan Asia

Mesti Baca

KETUA Jurulatih Berbasikal Trek Negara, John Beasley menyatakan bahawa Muhammad Shah Firdaus Shahrom akan menerima basikal baharu sebelum Sukan Asia Hangzhou, yang dijadualkan pada 23 September hingga 8 Oktober.

Beasley berkata, beliau akan berasa gembira jika versi baharu basikal WXR-Vorteq siap sebelum Kejohanan Dunia dari 3 hingga 13 Ogos di Glasgow, Scotland, namun baginya sebelum Sukan Asia merupakan tarikh yang lebih realistik.

“Shah Firdaus rosakkan dua basikal pada dua perlumbaan terakhir. Sebelum ini, berlaku banyak kemalangan tetapi tiada yang rosak, tetapi pada dua kemalangan terakhir, dua basikal telah rosak, jadi ia cuma nasib tidak baik. Kami ada sedikit peruntukan, jadi kita akan pastikan untuk mendapatkan beberapa buah basikal lagi.

“Beliau rosakkan basikal projek dua dan tiga, tetapi kita akan ada basikal projek empat tidak lama lagi. Ia direka bentuk dalam cara yang membolehkan kami melakukan pembaikan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, hari ini.

Advertisements

Shah Firdaus 27, kehilangan basikal keduanya berturut-turut semalam, selepas terlibat dalam kemalangan ketika separuh akhir keirin lelaki, namun menunjukkan semangat melawan yang baik untuk mengayuh basikal yang rosak untuk layak ke peringkat akhir.

Beliau kemudiannya menggunakan basikal versi prototype untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 (projek satu) bagi memenangi pingat gangsa, manakala Datuk Mohd Azizulhasni menang emas.

Sebelum ini, Shah Firdaus kehilangan basikalnya di Siri Piala Trek Antarabangsa Hong Kong, bulan lepas.

Dilaporkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk basikal digunakan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, yang dibangunkan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi kerjasama dengan Vorteq dan Worx Bikes untuk Olimpik Tokyo menelan belanja kira-kira RM13 juta, dengan setiap basikal bernilai kira-kira RM300,000. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan