26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik sekadar raih gangsa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas di separuh akhir badminton Sukan Asia Hangzou di Gimnasium Binjiang, sebentar tadi.

Turun selaku wakil tunggal negara di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan India, S. S. Rankiredey-C. C. Shetty apabila tewas straight set 17-21, 12-21.

Di set pertama, pasangan negara itu membenarkan lawan membuka jurang yang besar dengan perbezaan enam mata namun cubaan mengejar mata berakhir apabila set pertama milik lawan 17-21 dalam tempoh 24 minit.

Hasrat menyaksikan kebangkitan Aaron-Wooi Yik mencipta kebangkitan di set kedua tidak kesampaian apabila pasangan nombor lima dunia itu kerap melakukan kesilapan mudah dengan ketinggalan 7-2 pada satu ketika.

Advertisements

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pasangan negara digunakan sebaik mungkin Rankiredey-Shetty apabila pasangan nombor tiga dunia itu menamatkan set kedua dengan 21-12, sekali gus mara ke final.

Pasangan India itu bakal menentang beregu Korea Selatan, Choi Solgu-Kim Wonho dalam penentuan pingat emas, esok.

Namun, pujian harus diberikan kepada Aaron-Wooi Yik apabila menjadi penyumbang pingat tunggal kem badminton negara di Sukan Asia Hangzou. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan