29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sukan Asia: Regu takraw negara gagal pertahan emas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD regu sepak takraw negara gagal mempertahankan pingat emas di Sukan Asia Hangzou 2022 selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand, pagi tadi.

Dalam aksi Gimnasium Pusat Sukan Jinhua, skuad negara memberikan kepercayaan kepada Muhammad Zarif Marican bersama pemain senior, Mohamad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir.

Menentang Thailand yang membariskan Pansan Pichet, Yupadee Pattarapong dan Khamchan Sittipong, skuad negara tumpas di set pertama, 21-15 dalam tempoh 28 minit.

Bagaimanapun, Malaysia memberi tentangan sengit di set kedua dengan kedua-dua pasukan saling mengejar mata.

Advertisements

Pada kedudukan 20-19 yang didahului Thailand, pegawai perlawanan membuat keputusan kontroversi apabila mengesahkan rejaman bola masuk ke gelanggang Malaysia sedangkan ulang tayang menyaksikan bola tersebut keluar.

Keputusan tersebut membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain negara yang cuba membuat protes namun enggan dilayan sekali gus menyaksikan Thailand meraih emas.

Pada edisi Sukan Asia kali ini, kem sepak takraw negara terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak selepas tewas kepada Thailand dalam acara berpasukan sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan