27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bayi doktor maut: Polis rakam keterangan ibu bapa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS akan merekod keterangan ibu bapa bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini polis memberikan ruang kepada ibu bapa mangsa yang masih bersedih akibat kejadian terbabit.

“Ketika ini ruang diberikan kepada ibu bapa bayi ini untuk bertenang, selepas ini mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian.

“Siasatan akan dijalankan merangkumi setiap aspek dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,”katanya dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, kes akan disiasat dibawah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, semalam.

Kejadian berlaku selepas ibu mangsa yang juga seorang doktor, menyangka sudah menghantar bayinya itu ke TASKA sebelum ke tempat kerja.

Ibu mangsa hanya menyedari bayi itu masih berada di dalam kereta pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke TASKA.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan