26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Walaupun tewas, sepak takraw negara miliki potensi besar – Zahid

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

WALAUPUN tewas dalam perlawanan akhir kategori berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 kepada Thailand, namun pasukan negara sebenarnya mempunyai potensi besar pada masa depan.

Pandangan itu diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan perlawanan akhir antara regu Malaysia dan Thailand itu secara siaran langsung walaupun sedang berada di China.

“Walaupun tidak berjaya merangkul kejuaraan pada kategori berpasukan, kita telah memberikan saingan sengit menentang Thailand dan saya sendiri walaupun berada di China ketika ini menonton secara LIVE (siaran langsung), melihat potensi besar pasukan sepak takraw negara menjuarai kejohanan lain di masa hadapan.

“Tak mengapa, rakyat Malaysia melihat sendiri anda semua telah melakukan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu pasukan negara yang rata-rata dibarisi pemain muda memberikan saingan sengit sebelum tunduk 1-2 kepada Thailand yang mempertaruhkan para pemain senior.

Bagaimanapun, regu negara terlebih dahulu di hadapan apabila gandingan Farhan Adam, Syahir Rosdi dan Azlan Alias menunjukkan semangat juang tinggi untuk menewaskan gandingan Poramet Siriswat, Siriswat Sakha dan Varayut Jantarasena 9-15, 15-11 dan 15-13.

Advertisements

Namun rentak kemenangan itu gagal diteruskan regu kedua negara Amirul Zazwan Amir, Haziq Hairul Nizam dan Noraizat Nordin tewas 8-15, 5-15 kepada Wichan Temkort, Kritsanapong Nontakote dan Pichet Pansan, untuk mengikat perlawanan 1-1.

Regu ketiga negara Baihakki Aripin, Zuhri Zain dan Aidil Aiman Azwawi yang berusaha memberi saingan kepada Marukin Phanmakon, Pornthep Tingbanbon dan Thanapon Sapyen dalam set penentuan akur dengan pengalaman dimiliki
trio Thailand itu apabila tewas 12-15, 12-15.

Kekalahan tersebut mengagalkan usaha Malaysia menamatkan kemarau 33 tahun untuk menjuarai dalam kategori berpasukan.

Bagaimanapun, Malaysia sebelum ini membuat kejutan apabila menjuarai kategori antara regu dan beregu (double), juga menundukkan para pemain Thailand.

Walaupun tewas, Ahmad Zahid tetap menzahirkan ucapan tahniah buat skuad sepak takraw Malaysia kerana berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori tersebut selain penganjurannya yang dianggap cemerlang.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang telah menganjurkan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan cemerlang sekali,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan