26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Amir Hamzah akan jelaskan mekanisme penyasaran subsidi diesel

Mesti Baca

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan menjelaskan mekanisme berhubung pelaksanaan subsidi bahan api diesel dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah memberikan gambaran mengenainya kepada Amir Hamzah dan kini hanya perlu tindakan susulan.

Beliau berkata, tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel itu juga akan diumumkan pada masa tersebut.

“Ada orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan. Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sebelum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan hadir menyaksikan Pameran Era Pasca Normal Madani di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Dalam Perutusan Negara yang disampaikan Selasa lepas, Anwar berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pameran Era Pasca-normal Madani itu menampilkan karya-karya daripada enam seniman tempatan.

Pameran tersebut, kata Perdana Menteri, mengetengahkan tantangan era pasca-normal dihadapi sewaktu situasi kucar-kacir yang rumit selain menguji ketahanan diri untuk mengekalkan aspek keharmonian antara satu sama lain.

“Sayugia, pameran yang bermula hari ini sehingga 10 November, juga adalah ruang untuk meneroka alam pemikiran baharu disaluti transformasi digital dan kecerdasan buatan tanpa mengabaikan kepentingan nilai-nilai kemanusiaan untuk pembangunan insaniah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan