28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Masters Malaysia: Hajat Zii Jia tidak kesampaian, disekat Axelsen

Mesti Baca

HAJAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir Masters Malaysia, petang tadi.

Biarpun mendapat sorakan padu para penyokong tuan rumah yang memenuhi Axiata Arena, Zii Jia yang berada di rangking ke-10 dunia tunduk mudah kepada jaguh Denmark itu 6-21 pad set pertama.

Bagaimanapun pemain profesional negara itu bangkit pada set kedua dengan meninggalkan lawan 11-4 sebelum Axelsen bangkit untuk menyamakan kedudukan 20-20 sebelum Zii Jia menamatkan saingan 22-20.

Namun pada set penentuan, Zii Jia kelihatan menghadapi kesukaran untuk menghalang permainan pantas Axelsen sebelum menamatkan perlawanan dengan 21-13 dalam masa 63 minit.

Minggu lalu, Zii Jie menamatkan kemarau kejuaraan selama tujuh bulan apabila muncul juara Terbuka Thailand.

Advertisements

Walaupun begitu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat- Shevon Jemie Lai menceriakan kem Malaysia apabila menghadiahkan kemenangan buat negara dalam kejohanan bertaraf Super 500 itu.

Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai

Pasangan suami isteri yang menghuni ranking ke-18 dunia itu menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Kejayaan itu merupakan hadiah perkahwinan buat pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, sekali gus menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia.

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan