Wednesday, July 22, 2026

Pemain, jurulatih takraw negara dapat habuan RM10,000 seorang

Mesti Baca

PARA pemain negara yang berjaya meraih emas dan meranggul gelaran juara berganda pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Mei lalu bakal menerima habuan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Turut menerima habuan sama barisan jurulatih kebangaan yang berjaya membimbing pasukan negara pada tahap prestasi terbaik.

“Hari ini saya berpeluang bertemu dengan pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024 pada Mei lepas.

“Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan ini ialah keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw,” kata Perdana Menteri menerusi Facebook beliau.

Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu, Malaysia merangkul juara kategori beregu lelaki serta antara regu dan namun gagal memecah penguasaan Thailand bagi kategori berpasukan.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” kata Anwar.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan