26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sukan Asia: Arif Afifudin sumbang emas keenam negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MUHAMMAD Arif Afifuddin Ab. Malik menamatkan kemarau sembilan tahun pingat emas bagi skuad karate negara apabila menang acara Kumite (tempur) bawah 84 kilogram (kg) di Sukan Asia Hangzou, hari ini.

Ketangkasan atlet berusia 23 tahun nyata sukar disaingi atlet Kazakhstan, Daniyar Yuldashev apabila Arif Afifuddin menang, 10-4, dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Linping, China.

Bagaimanapun, Arif Afifuddin berjuang dalam kesakitan selepas mengambil ubat tahan sakit bagi memastikan dia masih boleh bertarung dalam aksi final.

Atlet muda itu turut diuji apapbila ditumbuk di bahagian mata kanannya ketika bertempur dalam baki 15 saat sebelum pertarungan ditamatkan.

Advertisements

Namun, berkat usaha dan kecekalan yang dimilikinya, Arif Afifuddin berjaya mempertahankan kelebihan yang dimiliki sekali gus menamatkan penantian emas skuad karate negara di Sukan Asia.

Sementara itu, atlet Vietnam, Do Thanh Nhan dan Mohammad Al-Jafari dari Jordan meraih gangsa selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi penentuan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad karate negara meraih emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan yang disumbangkan Lim Chee Wei dalam acara Kata lelaki dan Syakilla Salni Jefry Krisnan (Kumite 61kg wanita). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan