28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

BN menang dengan majoriti 2,949 undi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan apabila memperoleh majoriti 2,949 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru, calon BN Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi; Calon PN, Kasim Samat mendapat 4,375 undi, manakala Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni mendapat 47 undi.

Jumlah itu membabitkan semua 31 saluran undi dengan majoriti adalah 2,849 undi iaitu melepasi jumlah majoriti memandangkan 70 peratus keluar mengundi.

Perkembangan tersebut sekali gus menyekat misi PN untuk merampas kerusi tradisi BN itu di samping gagal dalam misi menambah kerusi DUN Pahang ke-18.

Kemenangan tidak rasmi itu turut dimaklumkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di akaun Facebook mereka sebentar tadi.

Advertisements

“Terkini…(tidak rasmi, 7.45 malam) BN menang.. syukur, Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan dan jentera parti yang bertungkus lumus membantu.

“Terima kasih setinggi dan setulusnya kekapda pengundi dan rakyat Pelangai,”kata Ahmad.

Sementara itu, Asyraf berkata, Alhamdulillah keputusan tidak rasmi BN menang di DUN Pelangai dengan majoriti besar 2,949 undi.

PRK DUN Pelangai terpaksa diadakan ekoran kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun dalam insiden pesawat berlaku di Elmina, Shah Alam, Ogos lalu.

Pada PRU15, Allahyarham Johari daripada BN menang majoriti 4,048 undi dalam pertembungan empat penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan