25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tonton dan menang, sambil derma untuk Palestin

Mesti Baca

TONTON filem Misteri Roh Pulau Penunggu dan menang sambil menderma ke Tabung Kecemasan Palestin.

Itu antara strategi pemasaran yang dilakukan oleh penerbit filem ini, Advanced Ideas Concept Sdn Bhd.

Penerbitnya, Datuk Rosli Buang berkata, sebagai penerbit mereka tidak boleh terlalu bergantung dengan pemasaran daripada pihak lain semata.

Justeru, dengan peraduan yang diadakan pihaknya berharap turut dapat mempromosikan filem berkenaan yang sudah pun menemui penonton di Astro First sejak 2 November lalu.

“Kami perlu mencari strategi lain dalam mempromosikan filem ini. Dengan peraduan tonton, menang sambil menderma ini diharap membuka mata penonton.

“Tambahan pula dengan situasi yang sedang bergolak di Gaza, kami berharap dapat membuat sedikit kutipan untuk disumbangkan kepada mereka di sana,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan yang turut dihadiri oleh beberapa penaja yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Turut hadir rakan kongsinya, Dato Zamrud Misdi dan barisan pelakon yang terbabit antaranya Putra Amaris, Keena Mentor, Tom GV9, Erul AF9, Azlee Senario, Faizzal  Gegar Lawak dan pengarahnya, Shahridan Popeye.

Advertisements

Rosli berkata, penonton yang melanggan filem berkenaan di Astro First berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kepingan emas hampir 1 gram bahkan dari setiap langganan penonton juga akan menyumbang kepada Tabung Amanah Anak Palestin Yayasan Nurjiwa.

“Kami menyasarkan lebih daripada RM300,000 dapat diperoleh di mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya.

Misteri Roh Pulau Penunggu mengisahkan tentang ekspedisi remaja kolej dari golongan elit yang mencari roh dan penampakan di sebuah pulau akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.

Seorang pelajar bernama Ammar yang suka mengkaji tentang kewujudan roh, tidak mempercayai tentang kewujudan makhuk halus itu yang sentiasa wujud di sekeliling manusia untuk menyesatkan mereka.

Ekpedisi mencari roh dan penampakan itu mendapat sokongan kawan-kawannya iaitu Johan, Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan.

Mereka kemudian meredah Tasik Banding dan menginap disalah sebuah pulau yang mempunyai rumah banglo lama yang terbiar.

Ketika berada dirumah itu bermulalah pelbagai peristiwa kerana mereka semua sebenarnya dilarang memijak kaki di Pulau Penunggu yang di penuhi dengan hantu dan juga roh.

Satu persatu rasukan dan gangguan berlaku sehingga mereka ditemui mati dalam keadaan tragis. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan