24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Radzi menang di Putrajaya, Mas Ermieyati di Masjid Tanah

Radzi tewas dalam PRU-14 ketika bertanding di Parlimen Ketereh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berjaya merampas kerusi Putrajaya daripada penyandang empat penggal berturut-turut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,310 undi.

Radzi menerima 16,002 undi menewaskan Tengku Adnan (13,692) serta empat calon lain iaitu Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH – 5,988), Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang – 878) serta dua calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (63) dan Lim Fice Bee (20).

Tengku Adnan menjadi Ahli Parlimen Putrajaya sejak 18 tahun yang lalu manakala Radzi pula tewas ketika bertanding di Parlimen Ketereh dalam PRU-14 lalu sebelum dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah selepas menewaskan tiga calon lain.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menewaskan Abdul Hakim Abdul Wahid (BN), Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang).

Mas Ermieyati meraikan kemenangan dalam PRU-15.

Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi, Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507) sekali gus memenanginya dengan majoriti 4,411 undi.

Advertisements

Keputusan undi diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Saifudin Abdul Karim pada jam 10.45 malam tadi di Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Mas Ermieyati berkata, beliau bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pengundi serta jentera pilihan raya PN kerana membantu kemenangannya.

“Masjid Tanah adalah kubu kuat BN dan pada PRU13 dan PRU14, saya menang atas tiket BN tetapi kejayaan hari ini tidak saya bina dengan kerja sehari dua.

“Alhamdulillah kerja kuat saya membantu rakyat di sini sejak sembilan tahun lalu dinilai oleh mereka (rakyat),” katanya.

Dalam PRU-14 Mas Ermieyati menang atas tiket BN sebelum bertindak meninggalkan parti tersebut dan kemudian menyertai Bersatu. Beliau kini adalah Naib Ketua Srikandi Bersatu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan