29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hadi menang selesa di Marang, Tun M tewas di Langkawi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

FIGURA besar dalam arena politik tanah air, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tun Dr Mahathir Mohamad memperolehi keputusan berbeza pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) kali ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu mendahului empat calon lain di Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan beliau menang selesa dengan mendapat jumlah undi sebanyak 73,115.

Advertisements

Beliau mengenepikan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman dengan mendapat 31,386 undi, Azhar Abdul Shukur (4,140 undi) dan Zakawi Sulong (427 undi).

Sementara itu, Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Dr Mahathir (Pejuang), Mohd Suhaimi (PN), Armishah Siraj (Barisan Nasional), Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Abd Kadir (Bebas).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan