36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini kerana, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan keputusan keseluruhan secara rasmi, beliau menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tewas dalam pilihan raya kali ini.

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta di elakkan benar-benar terjadi,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Nasional berkata, Al-Quran itu benar.

“Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan.Kami anjurkan muafakat,kami dilabel tidak setia.Kami minta jangan berpecah,kami yang menerima padah.

“Kini, ke mana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan