25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Annuar sedia teruskan perjuangan bersama Pas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang baharu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bersedia berkhidmat untuk meneruskan perjuangan parti itu bersama saf kepimpinan sedia ada.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, beliau turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas.

Kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Jawatankuasa Pas Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya.

Advertisements

“Insya-Allah saya akan terlebih dahulu membuat kunjungan ke atas Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi) dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat untuk mendapat arahan dan panduan seterusnya.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dalam memikul amanah yang diberikan ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Terdahuku, Edisi 9 melaporkan Annuar dan seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik menjadi AJK Pas Pusat dalam mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan