Thursday, July 23, 2026

Singapura setuju buka pejabat konsulat di Kuching

Mesti Baca

SINGAPURA bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, persetujuan itu dicapai ketika sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura, kelmarin.

Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.

Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia, semalam.

Beliau berkata, usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya membabitkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam. -Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan