Monday, July 20, 2026

Projek bekalan air luar bandar Sarawak diperkemas – Zahid

Bagi tahun 2026, sebanyak 80 projek baharu dan sambungan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM141.87 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Mesti Baca

USAHA memperkasa kemudahan asas di luar bandar terus diperkukuh apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bersama Kerajaan Negeri Sarawak.

Menurut beliau, pendekatan baharu yang digerakkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu disifatkan sebagai satu “game changer” dalam memastikan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dapat diperkemas dan diselaraskan dengan lebih berkesan, khususnya di negeri Sarawak.

“Bagi tahun 2026, sebanyak 80 projek baharu dan sambungan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM141.87 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” katanya hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah m berkata, pendekatan penyelarasan di peringkat negeri itu akan memberi kelebihan dari segi kelancaran pelaksanaan di lapangan, sekali gus memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Fokus kita adalah untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat akses kepada bekalan air yang lebih baik dan menyeluruh. Ini bukan lagi soal projek, tetapi soal kualiti hidup rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama erat dan sokongan padu dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Sementara itu, beliau dijadualkan menyerahkan nota penyerahan projek kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg sebagai simbol komitmen berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam mempercepat pelaksanaan projek BALB di seluruh Sarawak.

Langkah berkenaan dilihat sebagai pemangkin penting dalam merapatkan jurang pembangunan luar bandar, khususnya dalam aspek kemudahan asas yang menjadi keperluan utama rakyat. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan