26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kilang proses makanan punca Sungai Kecil berbuih, berbau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH premis pemprosesan makanan disyaki telah melepaskan efluen berbuih sehingga mengakibatkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selepas menerima maklumat mengenai pencemaran di Jambatan Rinching Tengah tersebut, kira-kira jam 11 pagi.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati pembentukan buih di sungai itu hasil daripada ‘water turbulence’ (gelora air) di kawasan parit berhampiran.

“Hasil pensampelan yang dilaksanakan LUAS di Jambatan Tok Tahir dikawasan berdekatan bagi beberapa parameter menunjukkan bacaan bagi Chemical Oxygen Demand (COD) dan Biochemical Oxygen Demand (BOD) adalah tinggi manakala Surfactant (Sur) dan Nitrate Oxide (No3) pula rendah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, LUAS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) kemudiannya menuju ke kawasan perindustrian di Bandar Tasik Kesuma.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit melepaskan efluen ke longkang berdasarkan kesan buih berwarna putih yang dijumpai di sump luar kawasan premis tersebut dan berbau seakan-akan rebusan cendawan,” jelasnya.

Advertisements

Menurut Jamaliah, anggaran jarak lokasi punca pencemaran itu ke Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih adalah 15 kilometer.

Berikutan itu, katanya, LUAS segera mengarahkan premis itu menghentikan sebarang aktiviti yang menggunakan air dan pelepasan efluen.

“Tindakan pantas dan bersepadu agensi penguatkuasaan negeri berjaya memastikan tiada risiko terhadap operasi mana-mana LRA setakat ini.

Kata beliau, keadaan air sungai itu kemudian kembali normal dan tiada lagi kesan berwarna putih serta berbuih.

“Kesemua pensampelan di titik air pelepasan dalam dan luar premis itu dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisa lanjut.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan maksimum RM1 juta dan mandatori penjara tidak kurang tiga tahun jika sabit kesalahan,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan