30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

Mesti Baca

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan, khidmat masyarakat dan perkongsian kepakaran.

Pemeteraian MoU ini adalah susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada tahun 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang-bidang penting penyelidikan secara bersama dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara ke arah kemakmuran bersama.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr. Ramzah Dambul manakala MASA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd. Amin.

Majlis berlangsung di Wisma IDS di Penampang itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hasnah Samsudin dan Ketua Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA, Marhaini Kamaruddin,

IDS merupakan sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Sabah dalam menggali idea dan pendapat, serta menganalisis cadangan dasar awam berkenaan isu pembangunan sosioekonomi di Sabah.

Advertisements

MASA pula adalah badan pemikir bebas yang ditubuhkan pada tahun 2019, menggabungkan pakar-pakar dalam kerajaan dan akademik, untuk menjalankan penyelidikan yang relevan dengan pembangunan sosioekonomi negara, berdasarkan nilai-nilai kemakmuran bersama.

Justeru, MoU IDS-MASA ini bakal menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti bagi manfaat bersama.

Antara topik penyelidikan yang akan dijalankan adalah tentang ekonomi akar umbi di Sabah.

Adalah diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah, dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan yang bakal dijalankan.

Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan