26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pelajar Malaysia di Indonesia anjur program bakti

Mesti Baca

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat mengadakan program khidmat bakti sosial di Bogor, Jawa Barat.

Program itu menekankan interaksi pembentukan sahsiah dan jati diri kanak-kanak melalui pendidikan kesihatan dan bimbingan agama.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MPPPSA) di Pondok Pesantren Al Mustafawiyah dan di Kampung Mongol pada 28 Oktober buat kali kedua, selepas program pertama di Kampung Cahaya, Menteng Atas, Jakarta.

“Anggota PKPMI berusaha untuk menjadi ‘agent of change’ agar masyarakat di sekeliling dapat menerima manfaat daripada usaha yang dilakukan oleh mahasiswa,” kata Presiden PKPMI Pusat, Daniel Syafiq dalam satu kenyataan.

Advertisements

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta Zulfadhli Hamzah menggesa pelajar agar sentiasa peka terhadap persekitaran dan membabitkan diri dalam aktiviti sukarela untuk memahami realiti kehidupan.

PKPMI dan MPPPSA juga berjaya mengumpul dana berjumlah 3.5 juta rupiah atau RM1,050 untuk diberikan kepada penduduk Kampung Mongol dalam bentuk barang keperluan asas.

Turut hadir ke program berkenaan ialah bekas Pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI), Mubarak Shamsuddin. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan