31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 26, 2024

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

Mesti Baca

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @ Politeknik Ungku Omar (PUO) 2024 di Ipoh, Perak.

PUO dalam kenyataan berkata, program tersebut berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada para pelajar PUO, alumni dan pencari kerja dari sekitar bandar raya Ipoh.

Kenyataan itu berkata, Career Connect @ PUO 2024 memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dan pencari kerja yang akhirnya diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan kebolehpasaran dan pembinaan modal insan yang berkualiti.

“Para pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi menerusi sesi temu duga yang dilaksanakan dan menjadi medan persediaan dalam menghadapi temu duga setelah bergraduasi kelak.

“Pihak industri juga berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi melalui program ini dan seterusnya mengukuhkan jaringan kerjasama positif antara rakan industri dan PUO,” kata kenyataan itu.

Antara syarikat dan organisasi yang menandatangani LOI bersama Politeknik Ungku Omar.

Antara aktiviti yang yang menjadi tumpuan ialah seminar TVET, sesi perkongsian industri dan temu duga penempatan latihan industri dan pekerjaan menjadi tumpuan utama para pengunjung.

Advertisements

Rakan industri yang terlibat ialah Tetra Pak (M) Sdn. Bhd., Kamaya Electric (M) Sdn. Bhd., Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd, HartalegaNGC Sdn. Bhd, Genting Malaysia Berhad, Hovid Berhad, Azam Achievers Management, Team Some Sdn. Bhd, PwC Malaysia, Ashvertising Marketing Sdn. Bhd.

Lain-lain ialah Edenor Technology Sdn. Bhd., Unisem (M) Bhd., Wei Dat Steel Wire Sdn. Bhd., Sigma Rectrix Systems (M) Sdn. Bhd., Favotech System Sdn. Bhd., dan Carsem (M) Sdn. Bhd.

Katanya, dalam masa yang sama, PUO turut menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama-sama tujuh buah syarikat dan organisasi iaitu Asia Global Field Sdn Bhd, Mr Fix It Engineering Services, Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’ dan Buminakhyar Resources.

Selain itu LOI turut ditandatangani bersama Malaysian Institute of Technology Academy, PMG Venture Capital Sdn Bhd dan PROFIMA yang bakal menyaksikan kerjasama dalam bidang kejuruteraan, penyelidikan serta latihan.

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Pengarah (Akademik) PUO, Ts. Dr. Izwah Ismail dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Dr. Mohd Azam Mohd Dali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Takraw Piala Dunia: Malaysia, Thailand berentap di ‘final’

MALAYSIA mengulangi kejayaan mara ke pentas akhir Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw buat kali ketiga apabila mengetepikan cabaran negara...

Lagi Artikel Berkaitan