26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

Mesti Baca

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, para pegawai berkenaan dibenar untuk membuat semakan secara rawak pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, semakan tersebut perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan komited memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ruslin mengulas laporan media berhubung kekecewaan seorang lelaki yang tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Beliau berkata, pelanggan tersebut telah dapat memperbaharui paspot dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Pada Isnin lalu beberapa portal melaporkan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Hantaran lelaki itu tular di media sosial selepas dia meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila berurusan dengan kakitangan UTC di Komtar untuk memperbaharui pasport ibu bapanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan