24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Annuar akui Mahkota kubu terkuat kerajaan Perpaduan di Johor

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) sukar untuk dicabar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota 28 September ini jika dilihat daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022 lalu.

Perkara itu diakui oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Beliau berkata, pada PRN itu, BN memperoleh lebih 16,000 undi manakala Pakatan Harapan (PH) pula lebih 11,000.

“Jumlah undi BN/PH (Kerajaan Perpaduan) sudah ada hampir 28,000 undi. Ini menjadikan Mahkota sebagai kubu terkuat BN/PH di Johor,” katanya hari ini.

Annuar berkata, ini berbeza dengan partinya yang hanya bermodalkan kira-kira 7,000 undi dengan 20,000 undi lebih rendah berbanding diperoleh oleh calon BN dan PH ketika itu.

Beliau berkata, ini ditambah dengan segala jentera kerajaan Pusat dan negeri yang akan dikerah bekerja dalam pasukan perpaduan.

“Dijangkakan BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di Nenggiri. Mungkin lebih 30,000 undi,” katanya.

Advertisements

Dalam PRN 2022 lalu, BN menerusi calonnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain memperoleh 16,611 undi manakala calon PH, Taqiuddin Cheman mendapat 11,445 undi.

PN pula melalui Mohamad Nor Lingan mendapat 7,614 undi sementara seorang lagi calon dari parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.

Untuk rekod, BN, PH dan Warisan telah menyertai gabungan kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRK Mahkota kali ini, BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 September sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 24 September dan hari pembuangan undi pada 28 September. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan