29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

Anwar tegur Teresa: Tak usah cetuskan kontroversi tidak relevan

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana membuat kenyataan berkaitan sijil halal sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Anwar berkata, Naib Pengerusi DAP itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama ini.

Beliau menegaskan peraturan seperti mewajibkan restoran mendapatkan persijilan halal bagi mengelak timbulnya rasa was-was dalam kalangan umat Islam.

“Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.

“Ada masalah… peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok.

“Kalau dia mahu mewakili beberapa pihak, tidak mengapa… tetapi tidak perlu (buat kenyataan sedemikian secara terbuka) kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.

“Kita kena jaga sentimen muslim dan bukan Islam. Cara dia (adalah) runding secara elok dahulu. Bukan tunjuk kehebatan masing-masing.

Advertisements

“Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil, penghargaan dunia baik, ekonomi naik (justeru) perlu apa perkara ini nak merosakkan (keharmonian dan kesejahteraan negara),” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), hari ini.

Semalam, Teresa menerusi Facebooknya berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk, ribuan pengusaha restoran Melayu.

Beliau berkata, langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Teresa mengulas cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Ini selepas beberapa restoran popular yang majoriti pengunjungnya merupakan pelanggan Muslim disahkan tidak mempunyai sijil halal daripada jabatan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan