24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

El-Nino: Langkawi berdepan gangguan bekalan air

Mesti Baca

SEMBILAN kawasan termasuk zon tumpuan pelancong di Pulau Langkawi berdepan gangguan bekalan air akibat fenomena El Nino.

Kawasan terbabit adalah Pekan Kuah, Kisap, Kilim, Perana, Bayas, Ulu Melaka, Temoyong, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam satu kenyataan berkata, musim kemarau panjang dan kering atau fenomena El Nino sedang melanda negara, khususnya di utara Semenanjung.

“Paras air Sungai Melaka di Pulau Langkawi semakin menyusut dan secara tidak langsung memberi kesukaran kepada SADA untuk memenuhi permintaan air terawat.

“Permintaan bekalan air terawat oleh pengguna semakin meningkat, khususnya menjelang cuti perayaan sambutan Tahun Baharu Cina dan persekolahan tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Advertisements

SADA berkata, produksi pengeluaran semua Loji Rawatan Air (LRA) di Pulau Langkawi juga menunjukkan trend penurunan dan dijangka akan berlarutan sehingga paras Sungai Melaka kembali normal.

“Keadaan lebih terkesan apabila berlaku pertambahan lokasi kebocoran paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air terawat ke Pulau Langkawi dari LRA Sungai Baru, Perlis yang memberi kesan langsung kepada pengagihan air.

“SADA menasihatkan pengguna di Pulau Langkawi lebih berhemah ketika menggunakan air untuk aktiviti harian sepanjang musim kemarau ini yang dijangka berlanjutan bagi menjamin bekalan air tidak terganggu,” katanya.

Sebarang aduan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline di1300 88 0017 dan Bilik Gerakan Langkawi di 04-9610546.

Maklumat gangguan bekalan air turut dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook dan TikTok SADA serta laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan