25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

90 pensyarah UMB adakan program dengan TKI di Malaysia

Mesti Baca

SERAMAI 90 pensyarah dari Universitas Mercu Buana (UMB), Jakarta, Indonesia baru-baru ini telah mengadakan program kesukarelawan bersama lebih 300 tenaga kerja Indonesia (TKI) sekitar Pulau Pinang.

Program yang turut membabitkan Konsulat Jenderal Indonesia di Pulau Pinang, Rektor dan Wakil Rektor UMB bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam meningkatkan produktiviti TKI di negara ini.

Konsulat Jenderal Indonesia di Pulau Pinang, Wanton Saragih berkata, kehadiran kalangan akademik daripada UMB sangat diperlukan dalam meningkatkan pengetahuan dan pendidikan tenaga kerja dari Indonesia dalam mendapani cabaran yang pelbagai.

“Semoga akan ada universitas lain dari Indonesia yang mengikuti jejak UMB melakukan program kesukarelawanan bersama masyarakat di Pulau Pinang di masa hadapan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan produktiviti rakyat Indonesia khususnya yang bekerja di sini,” katanya dalam program tersebut baru-baru ini.

Hadir sama Rektor UMB, Prof Dr Andi Adriansyah dan Wakil Rektor Bidang Sumber Daya, Prof Madya Dr Rizki Briandana.

Advertisements

Sementara itu Andi Adriansyah berkata, tujuan program kesukarelawanan masyarakat itu diharap dapat memanfaatkan teknologi terbaru bagi TKI baik dari sudut teknologi yang membantu pekerjaan, teknologi media dan industri sehingga dapat meningkatkan pencapaian pekerjaan.

Beliau berkata, UMB bercadang untuk turut mengadakan program sama di Taiwan, Hong Kong dan negara-negara lain dalam memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada TKI yang bekerja di luar negara.

“Secara amnya, kami menumpukan kepada tema komunikasi kesihatan, literasi media dan meningkatkan kesejahteraan TKI yang bekerja di Malaysia.

“Harapnya mereka mendapat manfaat yang banyak dari sudut ilmu dan perkongsian pengalaman bersama para pensyarah yang bersemangat untuk hadir bersama-sama mereka dalam program ini.” – Muhammad Raqib Mohd Sofian/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan