27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

‘Otai rock’ bersatu jayakan konsert bantu madrasah

Mesti Baca

LIMA ‘otai rock‘ bakal bersatu dalam sebuah pentas bagi menjayakan majlis Makan Malam Kesadaran Amal untuk mengumpul dana membantu Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Mereka yang terbabit ialah Datuk Awie Wings, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi Wow dan Anjang Terra Rossa.

Majlis yang dijangka berlangsung pada 17 Februari itu bakal diadakan di Dewan MBSA Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Mewakili teman-teman Ali berkata, mereka meletakkan harapan yang tinggi orang ramai dapat bersama menghulurkan bantuan bagi menjayakan hasrat Madrasah Al-Muqwa untuk terus ‘bernafas’.

“Ini adalah sebahagian daripada kerja amal kami untuk membantu sedaya mungkin hasrat penganjur.

“Saya berharap selain berhibur kita juga beramal ke arah kebaikan semoga amalan kita diberkati Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Mudir Al-Muqwa, Amran Johari berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak RM1.3 juta berjaya dikumpul sempena majlis berkenaan.

“Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM1.3 juta daripada jualan meja dan sumbangan daripada pelbagai aktiviti kebajikan yang dirancang pada malam berkenaan seperti jualan lelong barangan artis dan pelbagai lagi,” katanya pada majlis pelancaran Makan Malam Kesadaran Amal, semalam.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan Dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Tengku Adena Tengku Abdullah selaku Penaung Majlis; Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid; Pengurus Kandungan Radio Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor serta barisan artis yang terbabit iaitu Ijam Medicine, Adi Wow, Faisal Ismail, Anjang Terra Rossa dan Ali XPDC selaku Duta Al-Muqwa.

Turut memeriahkan majlis pada malam itu ialah Faizal Ismail dan Mawi yang akan bertindak sebagai pengacara majlis.

Mengulas mengenai sasaran RM1.3 juta, Amran berkata, ia bagi membantu meneruskan pengurusan madrasah memandangkan pihaknya menanggung bebanan hutang hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini, selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Advertisements

“Kami juga mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun,” katanya.

Amran berkata, madrasah juga kerap terputus bekalan makanan sejak setahun setengah yang lalu.

Berikutan masalah yang dihadapi, mencetuskan idea buatnya meneruskan penganjuran majlis makan malam amal ini buat kali kedua dimana penganjuran pertama adalah pada 26 Februari 2022.

“Ketika itu kutipan berjaya dikumpul lebih kurang RM160,000 sahaja. Memandangkan perbelanjaan Madrasah setiap bulan sekurang-kurangnya RM13,000, jumlah yang diperoleh tidak mencukupi untuk kos pengurusan keseluruhannya.

“Saya mengharapkan sumbangan pembelian meja atau dari orang perseorangan atau dermawan dapat mencapai jumlah yang disasarkan. 

“Kutipan dana menerusi jualan meja makan dan juga kerusi yang dijual ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan membiayai kos operasi madrasah yang terjejas pendapatan sumber bantuan sejak dua tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Majlis Makan Malam Kesadaran Amal dijual pada tiga kategori jualan meja bermula dengan harga RM3,000 (Bronze) RM5,000 (Silver) dan RM8,000 (Gold) untuk satu meja.

Bagi orang perseorangan tiket dijual pada harga RM200 di mana penonton boleh menyaksikan konsert melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar dewan.

Penonton bukan sahaja dihiburkan dengan lagu-lagu popular artis kegemaran masing-masing tetapi halwa telinga turut disajikan dengan ‘hidangan’ lain seperti persembahan salawat, bacaan ayat-ayat Al Quran dan perkongsian pengalaman artis-artis hijrah, bermula dari 6 petang hingga 11 malam.

Maklumat lanjut berhubung jualan meja makan atau kerusi hubungi Amran di talian  0126212582 atau wasap.my/60126212582; Roslan- 0162446567 atau wasap.my/60162446567; Omar- 0163753117 atau wasap.my/60163753117; Hasroy : – 0176396368 atau wasap.my/60176396368; Khusairi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan