26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tun M, MB Kelantan bincang tingkat pelaburan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengadakan perbincangan bersama yang tertumpu dalam meningkatkan pelaburan, penggunaan tanah sebagai modal, selain penyelesaian kepada isu bekalan air bersih.

Bekas Perdana Menteri itu juga turut berpandangan sekiranya negeri Kelantan mampu menyediakan kemudahan asas seperti sistem jalanraya, bekalan air dan eletrik yang baik, ianya akan menarik pelabur untuk datang melabur.

“Selain itu, rakyat Kelantan sendiri mampu bekal tenaga kerja apabila industri dibuka kerana ramai orang Kelantan berhijrah ke Lembah Klang memenuhi ruang pekerjaan dalam pelbagai industri.

“Kelantan merupakan negeri orang berniaga. Rata-rata penduduk di sini terlibat dalam aktiviti perniagaan dan kebanyakannya ialah industri kecil-kecilan.

“Juga tidak banyak industri kilang dari luar negara bertapak di sini, kecuali syarikat ROHM-Wako Electronics dari Jepun yang asalnya di Selangor tetapi memilih berpindah dan buka kilang di Kota Bharu pada tahun 1989,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dr Mahathir bertemu dan berbincang mengenai pembangunan negeri dengan Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena program State Government 4 (SG4) di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Terdahulu, Dr Mahathir bertemu dan berbincang mengenai pembangunan negeri dengan Menteri Besar Kelantan dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena program State Government 4 (SG4) di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, beliau sedia maklum Kelantan ini terkenal dengan nasi berlauk.

Advertisements

“Saya diberitahu seorang peniaga nasi berlauk boleh hantar makanannya ke negeri-negeri lain terutama di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Salah satu yang terkenal ialah nasi berlauk Kak Chik yang berasal dari Tumpat. Selesai mesyuarat saya singgah tengok proses pembuatan makanan ini hinggalah pembungkusan dan penghantaran.

“Tukang masak beritahu mereka mula memasak seawal jam 3 pagi. Makanan yang dimasak tadi dibuat hingga 10,000 bungkus sehari.

“Ia dijual di kedai ini dan ada yang dibungkus dan dihantar dengan kapal terbang atau kereta ke negeri Lembah Klang.

“Sememangnya orang Kelantan ini sinonim dengan berniaga. Mereka ini cekap dalam peluang perniagaan dan sanggup ambil risiko.

“Insya-Allah negeri ini akan makmur dan berjaya jika sumber negeri dan kebolehan rakyatnya diperkenal dengan baik,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan