26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bernas nafi produk dicampur beras plastik

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) menyangkal dakwaan di media sosial kononnya terdapat campuran beras plastik di dalam produk keluarannya.

Bernas menerusi kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian yang tinggi dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import dan tempatan.

Menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan berasas, Bernas berkata, semua jenis beras import yang dibawa masuk ke dalam negara perlu melalui syarat ketat dan proses pemeriksaan kualiti yang rapi bermula di negara pembekal sehinggalah sampai ke negara ini.

“Bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bertujuan bagi mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini. Bernas memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai,” katanya hari ini.

Advertisements

Terdahulu tular di media sosial apabila seorang pengguna mendakwa membeli nasi lemak yang dimasak daripada beras dipercayai diperbuat daripada plastik.

Menurut Bernas, penyebaran berita palsu ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Bernas menggesa orang ramai untuk memanfaatkan media sosial secara positif dan jangan mudah terpengaruh dengan berita tidak benar seumpama ini.

“Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini atau sekiranya mempunyai sebarang maklumat yang ingin dikongsi, anda boleh menghubungi kami di alamat [email protected],” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan