25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Kerajaan belum cadang hapus monopoli Bernas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai pengimport beras di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya yakin dasar pengimport utama beras dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik menangani cabaran semasa dan mendatang.

Dasar itu katanya, adalah mekanisme utama yang memberi keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

“Ini kerana dasar pengimport utama adalah mekanisme ‘gate keeping‘ yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.

Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, memetik laporan BH Online.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang bertanya bila kementerian akan menghapuskan monopoli BERNAS dan membenarkan lebih banyak pengimport beras di negara ini.

Advertisements

Berhubung sama ada kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) ada kaitan dengan monopoli BERNAS, Mohamad berkata ia tiada kaitan sebaliknya kenaikan BPI disebabkan harga pasaran antarabangsa bagi beras itu meningkat 60 peratus pada akhir Ogos 2022.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Sebagai contohnya India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu, seterusnya memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM), berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kenaikan harga beras ini bukan saja berlaku di negara ini tetapi turut dirasai secara global,” katanya.

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan