25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Dua ADUN Sabah buat laporan polis terhadap Hajiji

Mesti Baca

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah membuat laporan polis terhadap Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung dakwaan isu tanah di Kudat.

ADUN Sekong, Alias Sani berkata, beliau telah membuat laporan tersebut bersama ADUN Elopura, Calvin Chong.

Ahli politik Warisan itu berkata, laporan itu dibuat berkaitan isu “kambing dan pasir silika di Pulau Balambangan” tanpa menyebut butirannya.

Bagaimanapun, ia dipercayai merujuk dakwaan yang tular dalam media sosial yang menuduh Hajiji menyalahgunakan kuasa dalam urusan kelulusan tanah.

“Tujuan kami membuat laporan polis adalah untuk meminta pihak berkuasa membuat siasatan teliti jika ada unsur salah guna kuasa.

“Kewujudan konspirasi dan menyiasat integriti Ketua Menteri dalam isu ini demi kepentingan rakyat Sabah yang kami cintai,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Alias berkata, beliau berdiri sebagai rakyat dan wakil rakyat dalam menjaga integriti harta warisan rakyat Sabah.

Katanya, beliau bertindak sebagai pengimbang bagi mengelak kecurangan amanah atau kuasa diberikan kepada Ketua Menteri dan mencegah rasuah daripada berlaku yang akan menyebabkan kerugian ditanggung oleh rakyat Sabah pada masa akan datang.

Kelmarin, Pemuda Warisan memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

Advertisements

Namun begitu, Hajiji menafikan dakwaan yang tersebar di Facebook dan mendakwa ia bertujuan mencemarkan reputasinya.

“Saya juga akan mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

Ketua Menteri itu juga mengarahkan siasatan berhubung kebocoran dokumen sulit yang turut tersebar.

“Siasatan akan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mendedahkan dokumen rahsia digunakan untuk membuat dakwaan terbabit,” katanya.

Hantaran di media sosial itu mendakwa terdapat salah laku dalam kelulusan enam permohonan tanah membabitkan keluasan 968.4 hektar.

Hajiji berkata semua permohonan itu telah melalui prosedur yang diperlukan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan membabitkan tanah Yayasan Sabah sudah dirujuk kepada Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) dan semuanya dibuat mengikut undang-undang,” katanya.

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) itu berkata, permohonan tanah Yayasan Sabah telah dirujuk kepada lembaga pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd dan semua tindakan dilakukan mengikut undang-undang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan