26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bernas turunkan harga BPI kepada RM3,000 per tan

Mesti Baca

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) telah melaksanakan penyelarasan harga jualan Beras Putih Import (BPI) di pintu gudangnya di Semenanjung daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan mulai hari ini.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan berlakunya penurunan harga jualan BPI di antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit 10 kilogram di peringkat runcit.

Kata Bernas, ia selaras dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam yang mengumumkan harga jualan runcit BPI turun antara RM2 hingga RM3 mulai hari ini.

“Ia membuktikan komitmen Bernas dalam menjamin ketersediaan produk walaupun trend harga Beras Putih Import (BPI) masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas.

Advertisements

“Bernas bergerak seiring dengan pengumuman kerajaan dan kekal berdedikasi dalam memastikan bekalan beras yang mencukupi dan stabil untuk isi rumah di seluruh negara serta turut memuji langkah intervensi kerajaan dalam meningkatkan pengedaran beras putih tempatan,” kata Bernas dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Bernas mengulangi pendiriannya untuk terus meyokong dan mendokong agenda keterjaminan makanan serta bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pemain industri.

Katanya, syarikat mengulangi komitmennya terhadap pelan jangka panjang KPKM, mengutamakan kebajikan pesawah dan mengekalkan kelestarian rantaian bekalan beras di dalam negara.

“Kekal fokus dalam memenuhi obligasi sosialnya, Bernas mengurus stok penimbal dan beroperasi sebagai pembeli beras terakhir daripada pesawah dengan mengutamakan kepentingan negara walaupun berdepan dengan keadaan pasaran global yang tidak menentu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan