25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zambry santuni pelajar UPSI sempena Semarak Ramadan IPT

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni lebih 700 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejurus selesai menunaikan solat tarawih dan moreh di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City kelmarin.

Ini adalah program jelajah Semarak Ramadan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang sedang dilakukan oleh Zambry bagi meluangkan masa dengan warga kampus sama ada melalui majlis berbuka puasa, solat terawih, moreh atau sahur.

Beliau yang meluangkan masa lebih dua jam bertemu warga UPSI turut menyerahkan juadah moreh kepada pelajar dan jemaah yang hadir.

Zambry turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir termasuk empat pelajar mobiliti antarabangsa dari Uzbekistan dan Hungary serta barisan pelari pecut negara yang kini sedang berkampung menjalani latihan di Kampus Sultan Azlan Shah.

Kehadiran Zambry Abd Kadir di kampus UPSI sempena Semarak Ramadan IPT.

Majlis anjuran Pusat Islam ini turut dihadiri Presiden Geely Talent Development Group (GTDG), Prof. Dr. Lu Dan, merangkap Presiden University of Sanya dan Timbalan Presiden Geely Talent Development Group, Prof. Dr. Zoe Che yang juga merupakan Presiden Xinwei Edutech.

Advertisements

Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, majlis itu juga memberi kesempatan kepada warga UPSI untuk saling mengukuhkan silaturahim sempena bulan Ramadan selain bertemu kepimpinan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam majlis ini turut diadakan penyampaian sumbangan oleh Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) kepada Kolej Aminuddin Baki UPSI, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Islam.

Selain itu, Dr Zambry juga menyaksikan penyampaian Bantuan Duit Raya Tabung UPSI Prihatin (TUP) oleh Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia UPSI kepada warga UPSI yang kurang bernasib baik.

Program Semarak Ramadan ini akan diteruskan ke kampus seterusnya selepas ini termasuklah di IPTA, IPTS dan Politeknik seluruh negara sehinggalah berakhirnya Ramadan.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pro Canselor, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah; Pengarah Bahagian Hubungan Industri (BHI) KPT, Datuk Dr. Mohd Shahril Abdullah; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (PBHEP) KPT, Hirman Awang@Semai serta Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Holding, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan